AirAsia tawar diskaun tambang 50% penumpang MyAirline terjejas

AirAsia tawar diskaun tambang 50% penumpang MyAirline terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Syarikat AirAsia menawarkan diskaun tambang penerbangan secara eksklusif kepada penumpang MYAirline yang terjejas susulan pergantungan operasi syarikat tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited, Bo Lingam berkata, langkah itu sebagai sokongan bagi mengurangkan kesulitan rancangan perjalanan mereka yang terganggu.

Menurut beliau, tawaran istimewa itu terpakai kepada semua penumpang MYAirline dengan tempahan penerbangan yang disahkan ke/dari Kuala Lumpur, Langkawi, Pulau Pinang, Tawau, Kota Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Kota Kinabalu-Tawau, dan Don Mueng-Bangkok dan Suvarnabhumi-Bangkok mulai hari ini hingga 30 November depan.

“Untuk menebus tawaran ini, penumpang yang terjejas boleh mengemukakan tempahan penerbangan MYAirline mereka yang disahkan di Kaunter Jualan AirAsia di KL Sentral di Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) di Sepang.

“Ini termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Kota Bharu), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Tawau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueng dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau pada masa sama berkata, pihaknya turut bersimpati dengan nasib semua kakitangan penerbangan itu yang berdedikasi ekoran situasi terjejas ini.

Kata beliau, pihaknya mengiktiraf bakat dan pengalaman kakitangan MYAirline, dan berhasrat menghulurkan bantuan dengan mempertimbangkan untuk mengambil individu berkelayakan berkongsi minat bersama syarikat ini.

“Mereka dialu-alukan menyumbang kemahiran dan kepakaran mereka kepada pasukan kami.

“Kami menggalakkan kakitangan MYAirline yang terjejas untuk menghubungi kami dan meneroka kemungkinan menyertai keluarga kami,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya