Adiguru jadi produk pelancongan baharu di Serambi Mek

Adiguru jadi produk pelancongan baharu di Serambi Mekah

WAN Eikmal Khalil (duduk, kanan) mendengar penerangan berkait dengan sulaman kelingkang pada program Jejak Warisan Adiguru Tourism Wilayah Timur di Rumah Melayu Kelantan Tiang 12 di Kota Bharu, Kelantan semalam. – UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Adiguru menjadi produk baharu yang dilihat mampu menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke negeri Serambi Mekah sekali gus merangsang perkembangan ekonomi setempat.

Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Wan Eikmal Khalil berkata, selain mahir dalam satu-satu cabang seni pada masa sama adiguru itu mampu memberi tunjuk ajar kepada pelancong yang berminat mempelajarinya.

Menurutnya, setakat ini Kelantan mempunyai 18 adiguru yang pakar dalam pelbagai cabang seperti pembuatan patung wayang kulit, seramik, blok batik, sulaman kelingkang dan banyak lagi.

“Semua individu ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing yang boleh menarik minat pelancong untuk melihat secara lebih dekat pembuatan tersebut.

“Pada masa sama, kita mahu mengubah persepsi berkait pelancongan. Pelancongan ini sebenarnya luas dan tidak hanya tertumpu kepada kawasan peranginan seperti air terjun. Namun ia boleh dikembangkan melalui aktiviti jejak adiguru,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Jejak Warisan Adiguru Tourism Wilayah Timur di Rumah Melayu Kelantan Tiang 12 di sini semalam.

Wan Eikmal memberitahu, pemilihan Kelantan sebagai lokasi pertama itu bertepatan dengan sasaran 7 juta pelancong masuk ke negeri ini pada tahun ini.

Katanya, sasaran itu mampu dicapai dengan promosi dan kerja keras dilakukan selain kehadiran adiguru.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN