lima lelaki lepas, bebas tuduhan bunuh Nhaveen

Pendakwaan gagal buktikan prima facie, lima lelaki lepas, bebas tuduhan bunuh Nhaveen

LIMA tertuduh bersama barisan peguam masing-masing di luar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selepas mahkamah melepas dan membebaskan mereka daripada pertuduhan membunuh seorang remaja lelaki, enam tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan lima lelaki daripada pertuduhan membunuh seorang remaja lelaki, enam tahun lalu.

Kelima-lima tertuduh, S. Gopinath, 32; J. Ragesuthan, 24; S. Gokulan, 24; V. Sharmah, 24, dan K. Tatisan, 24, dilepaskan dan dibebaskan selepas didakwa secara bersama membunuh dan mencederakan, T. Nhaveen.

Hakim Radzi Hamid membuat keputusan melepas dan membebaskan kelima-lima tertuduh selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie yang mengaitkan mereka dengan kes pembunuhan Nhaveen yang ketika itu berusia 18 tahun.

Sebaik sahaja keputusan itu diumumkan, suasana di dalam Mahkamah Tinggi bertukar hiba apabila terdapat ahli keluarga tertuduh menangis.

Dalam penghakimannya, Radzi berkata, mahkamah mendapati keterangan salah seorang saksi yang juga rakan mangsa, T. Previin tidak boleh dipercayai dan terdapat percanggahan dalam keterangan saksi.

”Apabila saksi tidak kredibel, keterangan saksi tidak dapat digunakan dalam tuduhan yang membabitkan tertuduh-tertuduh.

”Mahkamah mendapati tidak ada niat bersama tertuduh-tertuduh untuk mencederakan mangsa dan mendatangkan bencana tubuh ke atas mangsa.

”Oleh itu, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan mahkamah melepas serta membebaskan kelima-lima tertuduh,” katanya ketika prosiding hari ini.

Menurut Radzi, walaupun terdapat bukti Nhaveen meninggal dunia akibat kecederaannya termasuk trauma tumpul di kepala beberapa hari selepas kejadian itu, namun tiada butiran jelas tentang apa yang berlaku pada hari itu.

Kelima-lima tertuduh telah dituduh membunuh Nhaveen, 18, antara pukul 11 malam dan tengah malam pada 9 Jun 2017, di Jalan Kaki Bukit, Bukit Gelugor.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kesemua tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa.

Sharmah diwakili peguam Manveer Singh Dhilon, manakala Gokulan, Gopinath dan Ragesuthen diwakili Datuk Naran Singh. Sementara itu, Tatisan diwakili peguam S. Yagoo.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Azhar Hamzah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya