43 warganegara Malaysia mangsa penyeludupan manusia di Peru diselamatkan

43 warganegara Malaysia mangsa penyeludupan manusia di Peru diselamatkan

WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai 43 orang warganegara Malaysia menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam di Peru.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Lima juga mengesahkan kesemua mangsa itu diselamatkan polis Peru pada 7 Oktober lalu.

Katanya, pihak polis Peru mengadakan satu serbuan di sebuah rumah di La Molina, Lima yang mana kesemua mangsa warganegara Malaysia tersebut dikenal pasti dan diselamatkan.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Lima melakukan lawatan konsular ke atas semua mangsa dan mendapati mereka berada dalam keadaan baik.

“Kesemua mangsa juga menjalani proses siasatan dan akan dihantar pulang ke Malaysia dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu hari ini.

Jelasnya, Kedutaan Besar Malaysia di Lima akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kes ini dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada kesemua mangsa.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Lima di alamat Av. General Juan Antonio Pezet 1750 San Isidro, Lima, Peru.

“Mereka juga boleh menghubungi di talian +51-1-422-0297 atau +51-1-441-1939 dan +51-1-441-0795 serta email ke [email protected],” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya