Umpama ‘muzim hidup’ pamer lebih 1,000 tumbuhan ubatan di Rimba Herba Perlis - Utusan Malaysia

Umpama ‘muzim hidup’ pamer lebih 1,000 tumbuhan ubatan di Rimba Herba Perlis

SALAH seorang ahli PNW memberi penerangan berkaitan flora dan fauna di dalam aktiviti interaktif kanak-kanak yang disediakan di Rimba Herba Perlis, semalam.- UTUSAN/SYAMIL ABD RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Rimba Herba Perlis di kawasan Sungai Batu Pahat di sini mempunyai keunikan tersendiri dengan menyajikan lebih 1, 000 koleksi tumbuhan ubatan yang semula jadi di hutan berkenaan.

Kawasan seluas 12 hektar itu pada peringkat awal dikenali sebagai Taman Herba Perlis kemudian ditukar kepada Rimba Herba sejak 2006 sesuai dengan persekitaran ekologinya yang mengekalkan hutan semula jadi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengasas Perlis Nature & Wildlife (PNW), Syamil Abd. Rahman berkata, antara tumbuhan ubatan yang terdapat di Rimba Herba seperti 
Tongkat Ali, Kacip fatimah, Cekor, Mengkudu dan pelbagai lagi.

Katanya, sesetengah tumbuhan di sini juga merupakan tanaman yang biasa ditemui di sekeliling rumah namun mempunyai nilai perubatan seperti bunga raya, bunga tahi ayam, senduduk, pokok kapal terbang, sireh, kesom, pinang dan sebagainya.

Ujarnya, Rimba Herba berpontensi sebagai ‘muzim hidup’ yang mempamerkan tumbuhan herba tempatan.

“Taman ini juga sangat sesuai dijadikan destinasi kunjungan utama bagi mereka yang ingin mengenali dan mengetahui jenis dan kegunaan tumbuh-tumbuhan tempatan yang mempunyai nilai perubatan.

“Melalui pengalaman melihat, menyentuh dan menikmati hasil produk tumbuhan herba, secara tidak langsung pengunjung-pengunjung ini akan mendapat pengetahuan dan kesedaran tentang kelebihan tumbuhan-tumbuhan herba yang terdapat di negara kita,” katanya.

Tambah Syamil, antara kemudahan yang ada di sini ialah laluan interpretasi, tandas, wakaf, bangku rehat beserta meja, ruang taklimat, pusat informasi, kiosk cenderahati serta pusat jualan tumbuhan dan produk herba.

“Taman ini juga turut dilengkapi dengan panel-panel interpretasi untuk memberi maklumat kepada pengunjung.

“Kita di bawah program pembangunan komuniti hutan, Jabatan Perhutanan negeri dan kita bertanggungjawab terhadap produk rimba herba ini selain pelbagai spesis fauna lain serta aktiviti sampingan di bawah kesedaran komuniti dan hubungan dengan jabatan.

“Rata-rata pengunjung amat teruja dengan keunikan yang terdapat di Rimba Herba Perlis dan tidak menyangka bahawa bukan sahaja dapat mempelajari mengenai tumbuh-tumbuhan herba tetapi pelbagai spesis flora dan fauna di sini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya