Tindakan ADUN Puteri Wangsa meninggalkan blok kerajaan sudah

Tindakan ADUN Puteri Wangsa meninggalkan blok kerajaan sudah diduga

JEFRIDIN Atan ( berdiri kanan) melihat acara e- sukan sempena Sambutan Hari Hari Malaysia DUN Kukup di Komplek Penghulu Mukim Serkat, di Pontian, disini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN) DUN Johor menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa meninggalkan blok Kerajaan bertepatan kedudukan Parti Ikatan Demokratik Muda ( Muda ) di dalam Kerajaan Perpaduan.

Pengerusinya, Datuk Jefridin Atan berkata, keputusan Amira Aisya Abd. Aziz  sudah diduga sebagaimana dilakukan oleh Presiden Muda, Syed Saddiq Syed  Abdul  Rahman yang keluar daripada Kerajaan Perpaduan yang dianggotai oleh PH-BN.

Katanya, perpindahan Amira Aisya juga  tidak akan menjejaskan kerajaan Barisan Nasional (BN)  yang memenangi 40 daripada 56 kerusi ketika Pilihan Raya Negeri ( PRN ) pada tahun lalu.

“Kami sudah menduga beliau ( Amira Aisya ) akan  mengikuti jejak presidennya dan  berharap Amira akan menjadi pembangkang yang baik bagi sama-sama membangunkan negeri Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia pada pameran dan jualan sempena pertandingan suara emas DUN Kukup dan  Sambutan Hari Malaysia di Komplek Penghulu Mukim Serkat, disini, hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan Muda yang mempunyai seorang ADUN di Johor mengesahkan tidak lagi berada bersama PH  di blok pengimbang kerajaan.

Dalam pada itu, Amira Aisya yang juga Timbalan Presiden Muda berkata, keputusan tersebut adalah selari seperti yang ditetapkan Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa parti itu tidak lagi bersama PH-BN dalam Kerajaan Perpaduan.

Jefridin yang juga ADUN Kukup menambah, dengan keluarnya Muda dari blok pengimbang kerajaan, ia akan menjadikan DUN Johor mempunyai empat pembangkang selepas PRN Johor pada tahun lalu.

“ Selain Amira Aisya mereka ialah  Abdul Aziz Talib ( Maharani ), Alwiyah Talib ( Endau ) dan Dr. Saharuddin Jamal  (Bukit Kepong),” ujar beliau.

Katanya, dengan dokongan PH di blok pengimbang kerajaan, Kerajaan negeri Johor mempunyai mandat yang mencukupi untuk membuat sebarang keputusan demi menjamin kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya kini bersedia untuk membawa jabatan dan agensi  kerajaan turun ke padang  bagi memudahkan orang ramai membuat urusan dan sebagainya.

Katanya, ini termasuk  dari Kumpulan Wang Simpanan Perkerja ( KWSP ), Pertubuhan Keselamatan Sosial ( Perkeso ), Lembaga  Tabung Haji ( LTH )  Pejabat Tanah Daerah             ( PTD ),  Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Pejabat Kesihatan dan sebagainya.

“Pada program seperti ini, saya akan mencadangkan jabatan dan agensi kerajaan menjadikan kehadiran mereka sebagai ‘Hari Bertemu Pelanggan’ bagi menerangkan segala aktiviti dan hala tuju jabatan masing-masing,” ujarnya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN