Kebakaran belukar Los Angeles paksa ribuan penduduk berpindah

Kebakaran belukar Los Angeles paksa ribuan penduduk berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Bencana kebakaran belukar tercetus di kawasan pinggir bandar Los Angeles, merebak dengan pantas dan memaksa pihak berkuasa mengeluarkan arahan pemindahan kepada ribuan penduduk.

Digelar Sandy Fire, kebakaran itu bermula lewat pagi Isnin di Simi Valley, sebuah bandar dengan kira-kira 125,000 penduduk yang terletak sekitar 60 kilometer di barat laut pusat bandar Los Angeles.

Didorong tiupan angin mencecah 56 kilometer sejam, kebakaran itu merebak sehingga meliputi kawasan seluas 1,364 552 hektar menjelang petang Isnin, menurut agensi pemadam kebakaran CalFire.

Api memusnahkan sebuah rumah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Arahan pemindahan dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Simi Valley dan bandar berhampiran, Thousand Oaks, manakala beberapa kawasan kejiranan di utara Los Angeles diletakkan di bawah amaran pemindahan.

“Di bawah amaran pemindahan, penduduk tidak diwajibkan keluar segera tetapi digalakkan untuk sentiasa berjaga-jaga dan bersedia berpindah jika keadaan bertambah buruk dan arahan pemindahan dikeluarkan.

“Ketika ini, kami tidak menjangka kebakaran hutan itu akan merebak ke bandar Los Angeles,” kata Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass dalam sidang media.

Walaupun angin semakin lemah menjelang malam, ramalan cuaca CalFire menyatakan suhu panas, kelembapan rendah pada waktu petang dan angin dipengaruhi bentuk muka bumi terus menyukarkan usaha mengawal kebakaran.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN