MELAKA: Suasana di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam di sini suram dan lengang berikutan pemberhentian penerbangan komersial membabitkan laluan dalam dan luar negara. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kesemua kedai jualan ditutup dan hanya kereta kakitangan memenuhi ruang parkir ketibaan. Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Melaka , Khairulnizam Kasim berkata, pihaknya menerima aduan daripada pelanggan yang terpaksa turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Melaka.…










