Temu Anwar di UTM Skudai Ahad in

Temu Anwar di UTM Skudai Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak warga Johor untuk mengikuti sesi Temu Anwar yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai pada Ahad ini.

Perdana Menteri dalam hantaran Facebook berkata, seperti kelazimannya, peserta yang hadir diberi ruang secara terus untuk bertanyakan apa jua soalan kepada beliau.

“Insya Allah, ruang ini kita gunakan sebaiknya dalam mencambah budaya wacana yang sihat dan segar. Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com. Kita jumpa Ahad ini!,” katanya.

Sebagai rekod, Temu Anwar adalah program dialog anak muda bersiri yang dilaksanakan sejak 2009 dan terus mendapat sambutan sehingga kini. 

Program itu diadakan khusus bagi memberi peluang kepada sesiapa sahaja terutama anak muda bertanyakan soalan secara terus kepadanya dan disiarkan secara langsung. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN