Tatacara ‘menginap’ di hotel - Utusan Malaysia

Tatacara ‘menginap’ di hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“LETAK kucing di sini syaratnya mesti sudah divaksin dan mempunyai buku jadualnya. Selain itu, kucing mestilah bebas bakteria, kutu, penyakit mata dan penyakit berjangkit lain.”

Itu ditegaskan pemilik Catz Boutique di Denai Alam, Petaling Jaya, Nur Hafizah Zaman Huri sewaktu saya bertemunya baru-baru ini.

Ujarnya syarat berkenaan ditetapkan bagi mengelakkan sebarang jangkitan antara kucing lain yang ditempatkan di ‘hotel’ itu.

Vaksin penting merangsang imunisasi dan antibodi badan bagi menghalang jangkitan penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria.

“Kalau tak vaksin, kucing boleh terkena penyakit yang membawa kepada kematian dan ia boleh menjangkiti kucing lain,” jelasnya.

Catz Boutique beroperasi sejak sembilan tahun lalu, dibangunkan Nur Hafizan dengan dibantu anak dan suaminya.

Kata Nur Hafizan setiap kucing yang menginap di hotel itu akan dipastikan berada dalam keadaan baik, selain air, makanan dan pasir ditukar setiap hari bagi mengelakkan bau yang tidak menyenangkan.

Kucing akan dilepaskan dari sangkar secara bergilir-gilir bagi mengelakkan ia bosan.

“Selain penginapan untuk haiwan, kami turut menawarkan khidmat grooming, menjual peralatan dan makanan haiwan,” katanya.

Antara paling menarik perhatian pelanggan ialah grooming kucing, prosedur untuk merawat tubuh kucing demi menjaga penampilan dan kesihatan kucing termasuk pembersihan kuku, bulu, kulit serta bahagian telinga.

Kata Nur Hafizah, grooming turut dapat menghindarkan kucing daripada penyakit kulit dan parasit di badannya selain membantu si manja merapikan bulunya.

“Secara naluri, kucing suka membersihkan dirinya sendiri dengan menjilat badan untuk menghilangkan kotoran serta merapikan bulu yang kusut. Grooming dilakukan bagi menghilangkan kuku yang tajam,” katanya.

BANYAK SAMBUTAN

Mengulas mengenai sambutan pelanggan, Nur Hafizah berkata, presmis berkenaan menerima sambutan menggalakkan daipada pelanggan hingga tidak cukup tangan.

Antara waktu permintaan tinggi ialah semasa cuti perayaan.

“Kami menetapkan syarat minimum untuk letak kucing selama lima hari sahaja,” katanya.

Nur Hafizah, minat kucing dan ia dibela di rumah sebelum timbul minat untuk membuka kedai haiwan peliharaan.

“Seronok, gembira dan puas hati melihat pelanggan datang kedai bawa kucing. Secara tidak langsung, ia jadi terapi buat saya.

“Dalam menguruskan kedai haiwan ini elemen paling penting, ialah minat serta sanggup mengharungi segala cabaran dalam menguruskan perniagaan,” katanya yang membela tiga ekor kucing daripada baka British Shorthair.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya