PN gesa ahli, pemimpin tidak buat kritikan semberono

PN gesa ahli, pemimpin tidak buat kritikan semberono

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua pimpinan dan ahli parti komponen Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya tidak membuat sebarang kritikan secara semberono terhadap mana-mana parti dalam gabungan itu termasuk melalui media.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sebarang ketidakpuasan hati perlu disalurkan menerusi saluran parti masing-masing sebelum dibawa untuk dibincangkan dan diputuskan secara musyawarah dalam PN.

Menurut beliau, kepimpinan PN ketika ini mahu menumpukan sepenuh usaha terhadap isu lebih besar yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

“PN menerusi kepimpinannya kini akan menumpukan segala usaha dan tenaga kepada isu yang lebih besar yang melibatkan negara dan rakyat.

“Segala masalah dalaman parti pastinya akan diurus dan dikendalikan secara dalaman dengan lebih berkesan, bijaksana dan positif,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN