PETALING JAYA : Seorang pemilik syarikat logistik ditahanSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Negeri Kedah kerana disyaki merasuah pegawai agensi penguat kuasa ketika melakukan aktiviti penyeludupan daging sejuk beku dari negara jiran
Penahanan suspek lelaki berusia 40-an itu dilakukan semalam kira-kira pukul 11 malam ketika diminta hadir ke pejabat SPRM Kedah.
Sumber berkata, suspek dipercayai melakukan aktiviti penyeludupan daging sejuk beku menerusi pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah sejak awal tahun ini.
Difahamkan, perintah reman selama 3 hari bermula hari ini sehingga 29 September 2023 telah dikeluarkan oleh Majistret Nurshahida binti Abdul Rahim selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah pagi tadi.
Sementara itu Pengarah SPRM Kedah, Rosley Mohamad Satar Ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes di sisasat di bawah Seksyen 16 (b)(B) Akta SPRM 2009. –UTUSAN