SMK Syed Alwi juara pertandingan pantun perpaduan - Utusan Malaysia

SMK Syed Alwi juara pertandingan pantun perpaduan

PARA pemenang bergambar bersama dalam pertandingan pantun perpaduan peringkat negeri ini bagi tahun 2023 yang berlangsung di SMK Agama Arau Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA), Arau, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi menjuarai pertandingan pantun perpaduan peringkat negeri ini bagi tahun 2023 yang berlangsung di SMK Agama Arau Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di sini semalam.

Tempat kedua pula diungguli peserta dari SMK Dato’ Sheikh Ahmad manakala SMK Dato’ Ali Ahmad berpuas hati di tempat ketiga dalam pertandingan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional negeri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri serta SMK Agama Arau itu.

Pemantun terbaik dimenangi oleh Nurul Ain Mohd Rizal dari SMK Dato’ Sheikh Ahmad.

Sebanyak 10 pasukan dari Kelab Rukun Negara (KRN) sekolah menengah di negeri ini menyertai pertandingan itu.

Program tersebut dirasmikan Timbalan Pengarah Pengurusan Murid, Jabatan Pendidikan negeri, Che Rasaidi Che Yob.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional negeri, Norshafawati Mohd Ismail dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Agama Arau, Juhari Madiah.

Norshafawati berkata, objektif penganjuran tersebut adalah bagi meningkatkan penghayatan terhadap semangat cintakan negara yang diterjemahkan melalui kehalusan berbicara semasa berpantun.

“Selain itu, ia juga bertujuan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai wadah perpaduan dan menyediakan ruang dan suasana yang meransang pelajar untuk meningkatkan kreativiti serta kemahiran berbahasa semasa berpantun.

“Diharap pelaksanaan program ini dapat mengukuhkan dan mengembangkan seni berpantun sebagai puisi khazanah dalam warisan bangsa,” katanya.-UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.