Ratusan rakyat Malaysia tidak sempat pulang terkandas di Danok

Ratusan rakyat Malaysia terkandas di Danok, terperangkap dalam kesesakan

Danok
KEADAAN kesesakan di sempadan Sadao, Thailand dekat Danok yang mengakibatkan ratusan rakyat Malaysia terperangkap setelah pintu sempadan ditutup pada 12 tengah malam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Dianggarkan ratusan rakyat Malaysia yang bercuti di Thailand ‘terperangkap’ dalam kesesakan sehingga tidak sempat pulang ke tanah air melalui sempadan Sadao berdekatan Bukit Kayu Hitam, di sini semalam.

Difahamkan kesesakan bermula di pusat pemeriksaan Sadao sejak pagi semalam sehingga berlarutan ke pukul 11 malam sebelum pintu sempadan ditutup pada pukul 12 tengah malam.

Menurut salah seorang warga Thailand, K. Suwit , 61, kira-kira 400 pelancong terkandas setelah pintu sempadan ditutup menyebabkan mereka terpaksa berpatah balik untuk mencari tempat penginapan.

“Danok sesak sejak 31 Ogos lepas apabila pelancong terutama orang Malaysia masuk ke sini untuk bercuti di Thailand. Semalam ramai berpusu-pusu pulang semula ke Malaysia setelah cuti sekolah tamat hari ini.

“Selain kenderaan persendirian terdapat ratusan bas pelancong yang terkandas di sempadan ini apabila ia ditutup pada 12 tengah malam. Kesesakan berlaku kira-kira dua kilometer (KM) ke sempadan,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp, di sini hari ini.

Suwit berkata, keadaan menjadi seperti pesta apabila ramai pelancong yang menaiki 50 buah kereta mengambil keputusan untuk menunggu dalam kenderaan masing-masing berhampiran sempadan berkenaan.

“Saya sendiri tidak pernah saksikan perkara seumpama ini. Ramai yang terpaksa menunggu dalam kenderaan sahaja sehingga awal pagi sebelum pintu sempadan dibuka semula.

“Bagaimanapun, keadaan kembali pulih pagi tadi apabila sempadan dibuka namun kembali sesak sejak tengah hari ini apabila ramai yang mahu pulang ke Malaysia,” katanya yang juga wartawan sebuah stesen televisyen di Songkhla.

Kelmarin, Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) memaklumkan industri pelancongan negara itu pulih sehingga 93 peratus sejak pandemik Covid-19 sekali gus mencatatkan kemasukan sehingga 160 juta perjalanan.

TAT juga memberitahu Thailand akan meraih pendapatan sehingga 808 bilion Baht atau sekitar RM106 bilion daripada sektor berkaitan pelancongan sepanjang tahun ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya