Wazata selesa tinggal bersendirian - Utusan Malaysia

Wazata selesa tinggal bersendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG: Nama Datuk Wazata Zain cukup terkenal dalam kalangan rancangan kanak-kanak terbitan RTM, Cumi dan Ciki lebih empat dekad lalu.

Selain memainkan peranan sebagai pelakon di sebalik patung haiwan beliau juga adalah penulis skrip untuk rancangan tersebut.

Menurut Wazata,87, masanya banyak dihabiskan di rumah teres dua tingkat yang didiami sendirian di Taman Pelangi Rawang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun tinggal sendirian, rumah dua anak saya terletak di sebelah menyebelah rumah saya.

“Setelah isteri saya meninggal dunia di sinilah saya menjalani rutin membaca Al Quran dan ke masjid menunaikan solat setiap hari,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Ziarah Kasih pertubuhan bukan kerajaan (NGO),Sahabat Amal Selangor dan Prihatin.

Wazata yang juga popular sebagai pelopor teknik ventriloksis iaitu kaedah menghasilkan suara tanpa menggerakkan bibir melalui persembahan boneka berkata, beliau kini tidak aktif berlakon sebagaimana dahulu.

“Filem terakhir yang saya berlakon bertajuk Syurga Cinta pada tahun 2009 yang mana heronya, Awal Ashaari dan heroinnya Heliza Helmi.

“Dalam usia begini saya berehat sahaja tetapi masih mengikuti perkembangan seni tanahair termasuk dunia lawak jenaka,”katanya.

Wazata yang masih sihat dan boleh memandu sendirian pernah mengalami serangan angin ahmar ringan pada 2018 berkata, beliau amat meminati kumpulan Sepah yang disifatkannya pelawak yang berbakat semulajadi.

Bapa kepada tujuh orang anak itu berkata, lawak jenaka bukanlah sesuatu perkara yang remeh dan boleh diambil mudah tanpa kerja rumah yang teliti.

“Pelawak sekarang dan dahulu berbeza. Pelawak sekarang lebih ‘free hand’ (bebas melawak dengan idea sendiri).

“Kami pelawak dahulu seperti AR Badul,R.Jaafar Param dan perlu berlatih sehingga tiga hari mengikut skrip sebelum membuat persembahan,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini