Qayyum pertahan emas tiga tahun berturut-turut larian 80 meter Sindrom Down - Utusan Malaysia

Qayyum pertahan emas tiga tahun berturut-turut larian 80 meter Sindrom Down

QAYYUM Shukor,12, (tengah) dari STB berjaya mengekalkan pingat emas untuk tahun ketiga berturut-turut bagi kategori larian 80 meter Sindrom Down pada Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSPs 2023 yang berlangsung selama empat hari berakhir hari ini di mini stadium Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan, Kangar, Perlis.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Atlet pendidikan khas dari Sekolah Tengku Budriah (STB) Qayyum Shukor,12, berjaya mengekalkan pingat emas untuk tahun ketiga berturut bagi kategori larian 80 meter Sindrom Down pada Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Majlis Sukan Sekolah Perlis (MSSPs) 2023 di mini stadium Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan di sini.

Dia mengatasi enam peserta lain dalam saingan cukup sengit sekali gus menghadiahkan pingat emas kepada STB.

Selain pingat emas yang dirangkul Qayyum, STB turut meraih pingat Perak bagi acara lontar peluru kategori perempuan bawah 12 tahun yang diraih oleh Siti Nur Miria Husin,12.

STB juga turut cemerlang apabila berjaya meraih pingat gangsa bagi kategori larian 4×100 meter bagi kategori lelaki di bawah 12 tahun.

Seramai 12 peserta dari pasukan Program Pendidikan Khas Integrasi (PKKI) (pembelajaran) STB dihantar pada kejohanan empat hari yang berakhir hari ini.

PASUKAN Program Pendidikan Khas Integrasi (PKKI) (pembelajaran) STB bergambar sempena
Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Majlis Sukan Sekolah Perlis (MSSPs) 2023 di mini stadium Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan, Kangar, Perlis.- UTUSAN

Dalam kejohanan kali ini, SMK Syed Alwi telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan bagi peringkat sekolah menengah manakala peringkat sekolah rendah pula diungguli oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat.

Seramai 432 pelajar meliputi 19 sekolah menengah dan 12 sekolah rendah telah menyertai kejohanan berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya