KOTA KINABALU: Kementerian Sumber Manusia sentiasa memastikan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) diolah agar bersifat lebih dinamik bagi memenuhi keperluan golongan belia. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, dalam usaha menggalakkan penglibatan golongan belia menyertai program TVET, penambahbaikan pelaksanaan dan promosi secara berterusan dilakukan untuk menarik minat golongan tersebut. Pada masa ini, program TVET yang ditawarkan direka bentuk berasaskan standard pekerjaan yang menepati…










