Program IIP akan diperluas ke universiti lain - Utusan Malaysia

Program IIP akan diperluas ke universiti lain

AWANG ADEK Hussin (tiga dari kanan) menyerahkan cadangan pelaksanaan IIP kepada Mohamed Khaled Nordin selepas mengadakan lawatan ke Oppstar Berhad di Bangunan I2U Sains@ USM, di George Town, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Program Serap Industri (IIP) yang kini dimulakan di Universiti Sains Malaysia (USM) akan diperluas ke universiti-universiti lain bagi membangunkan bakat berkemahiran tinggi dalam kalangan graduan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program IIP itu mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan kerana dirangka berdasarkan pendekatan berfokus kepada pembelajaran di universiti.

Selain itu, katanya, program IIP juga memberi pendedahan praktikal industri serta memberikan peluang kepada pelajar untuk meneruskan pekerjaan bersama industri dengan gaji premium iaitu gaji permulaan lebih RM4,000 apabila selesai pengajian nanti.

”KPT mahu memastikan IIP menjadi platform nasional yang disediakan oleh universiti dengan kerjasama pihak industri supaya program latihan yang diwujudkan pada penggal akhir pengajian sesuai dengan keperluan industri sebelum mereka diserap masuk ke alam pekerjaan.

“Kita juga mahu melihat IIP ini diperluas ke universiti lain dan juga sektor yang lain antaranya bio-teknologi dan perubatan,” katanya dalam akhbar selepas mengadakan lawatan ke Oppstar Berhad di Bangunan I2U Sains@ USM, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin.

Menurut Mohamed Khaled, IIP yang kini diterajui oleh USM memberi penekanan kepada pembangunan bakat dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E).

Katanya, USM telah bekerjasama dengan Oppstar Bhd. yang merupakan salah satu daripada syarikat inkubator di Sains@Usm dan ia menjadi syarikat perintis di negara ini yang memulakan program inkubasi reka bentuk litar bersepadu di universiti.

”KPT bersetuju memberi peranan kepada USM untuk mengetuai platform latihan industri ini dalam bidang E&E.

“Ia akan melibatkan kira-kira 4,000 pelajar dari semua universiti awam dan swasta di Malaysia setiap tahun untuk memastikan mereka bersedia serta berkemahiran tinggi untuk memasuki pasaran industri,” katanya.

Dalam pada itu, tambah beliau, sektor E&E di negara ini memerlukan sekurang-kurangnya 6,500 jurutera mahir bagi menampung perkembangan industri sektor ini untuk lima tahun akan datang.

”Program ini turut menarik minat beberapa pemain industri lain seperti Skyechip, National Instruments, Advantest, Efinix, Infinecs, StarFive dan Infineon bagi melaksanakan program IIP.

“Buat masa ini, terdapat 18 syarikat yang berminat untuk melaksanakan program IIP ini dan pelajar akan dibayar RM1,500 hingga RM2,000 semasa melakukan projek tahun akhir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya