PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan keputusan membuka laluan kemasukan kepada lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan bukan mengiktiraf sistem pendidikan luar termasuk Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Azlinda Azman berkata, KPT sebaliknya membuka laluan kepada pelajar lepasan berkenaan kepada ruang kursus yang ditetapkan.
“Tidak, sebenarnya terdapat perbezaan besar antara kelayakan UEC dan juga kelayakan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia). Jadi sekali lagi, ini bukan soal pengiktirafan. Tiada pengiktirafan terhadap silibus UEC.
“Yang penting kita memberi laluan terbabit. Dalam pemilihan pelajar itu nanti, universiti mengikut syarat dan kriteria masing-masing akan menilai (permohonan) pelajar,” katanya dalam sidang media khas Laluan Kemasukan Pelajar Lepasan Di Luar Sistem Pendidikan Kebangsaan ke IPTA di sini, hari ini.
Berita lanjut menyusul










