Perlis yakin terima pengiktirafan Geopark Kebangsaan - Utusan Malaysia

Perlis yakin terima pengiktirafan Geopark Kebangsaan

PUTEH Soraya A.Rahman bersama pasukan panel melawat kawasan Air Timbul di Bukit Bertangkup, Perlis semalam. – UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perlis yakin mampu meraih pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan Ke-11 menerusi sesi penilaian yang cukup positif bermula Isnin lalu berakhir esok.

Pengurus Perlis Geopark, Dr. Puteh Soraya A.Rahman berkata, sepanjang lawatan bersama pasukan panel ke lokasi-lokasi geopark ia menunjukkan pe­nerimaan cukup positif untuk mencapai penarafan Geopark Kebangsaan.

Beliau berkata, pihaknya berharap menerima pengiktirafan tahun ini khususnya menjelang Tahun Melawat Perlis 2024/2025 agar lokasi berkenaan boleh dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan.

“Secara lisan daripada panel-panel ini, lokasi-lokasi geopark Perlis ini bertaraf lima bintang. Seperti Bukit Jernih, khususnya dari segi fosil-fosil yang ditemukan.

“Kita juga telah melawat antaranya Bukit Lagi, di situ, kita juga jumpa fosil-fosil yang telah diperakui pakar. Antara lain, Wang Kelian khususnya berkaitan panorama, panel-panel agak kagum melihat pemandangannya de­ngan bukit-bukit kita semua berpasang-pasang.

“Selain itu di Gua Kelam, nilainya cukup tinggi,” katanya ketika ditemui ketika bersama barisan panel melawat Air Timbul, Batu Bertangkup di sini semalam.

Sesi penilaian Perlis Geo­park ke arah geopark bertaraf kebangsaan 2023 bermula Isnin lalu dan berakhir esok.

Antara lokasi yang dilawati untuk penilaian itu seperti geo­park Bukit Lagi, Bukit Ayer, Gua Kelam, Bukit Jernih dan Timah Tasoh, View Point Wang Kelian, Kampung Warna-Warni Seberang Ramai dan Muzium Kota Kayang.

Buat masa ini, sebanyak 23 geo­park telah dikenal pasti di Perlis dan hasil laporan peni­laian itu akan juga akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan yang dijang­ka berlangsung pada pertengahan bulan ini atau awal November depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN