Perdana Menteri dijangka jawab kes DNAA Ahmad Zahid di Dewan

Dewan Rakyat: PM dijangka jawab kes DNAA Ahmad Zahid di Dewan Rakyat esok 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) menjangkakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab persoalan mengenai keputusan mahkamah yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen, petang esok. 

Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penjelasan Anwar berkaitan Timbalan Perdana Menteri itu dijadual pada pukul 2.30 petang. 

“(Ahli Parlimen) Kota Bharu bertanya sama ada Perdana Menteri akan menjawab (berhubung kes DNAA), beliau akan jawab esok, insya-Allah jam 2.30 hingga 3 petang. 

“Jadi, soalan-soalan itu boleh tanya kepada Perdana Menteri, tetapi, komitmen daripada kita akan menentukan kita perlu berlaku adil,” katanya semasa Anwar memasuki Dewan Rakyat hari ini. 

Sebelum ini, Anwar dilaporkan tidak menolak kemungkinan untuk memberi penjelasan berhubung keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid di Dewan Rakyat.

Pada minggu lalu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa Anwar menjelaskan perkara berkaitan kes melepaskan tanpa pembebasan (DNAA) Ahmad Zahid menerusi Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), pada mesyuarat Dewan Rakyat akan datang. 

Katanya, beliau boleh mempertahankannya, namun, memohon supaya Perdana Menteri menjelaskannya sendiri berkaitan kes Ahmad Zahid bagi menokhtahkan segala cakap-cakap berhubung isu itu. 

Mengikut amalan biasa sejak Februari lalu, Perdana Menteri akan menjawab soalan semasa Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pada setiap Selasa dalam tempoh mesyuarat Dewan Rakyat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN