Penunggang warga asing merayu jangan sita motosikal

Penunggang warga asing merayu jangan sita motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Gara-gara tidak mahu kenderaan disita, seorang penunggang motosikal warga asing sanggup merayu meminta simpati untuk tidak diambil tindakan oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menerusi Op Motosikal bermula pukul 8 pagi itu, sebanyak 32 motosikal dan sebuah kereta disita.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, motosikal yang disita itu kebanyakan ditunggang oleh warga asing. 

“Mereka dikesan tidak mempunyai lesen memandu selain cukai jalan tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

“Mereka ini beri alasan sudah duduk lama di sini (Malaysia), minta belas kasihan dan hanya mahu cari makan,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, sepanjang operasi ini, JPJ Kuala Lumpur turut mengeluarkan 651 saman atas pelbagai kesalahan seperti kesalahan teknikal serta nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi.

Beliau berkata, strategi penguatkuasaan secara berfokus dilaksanakan dengan tumpuan utama kepada pengendali motosikal bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap kelakuan pengendali atau pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Katanya, tindakan diambil di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.

“Pelaksanaan operasi ini antara usaha JPJ Kuala Lumpur dalam meningkatkan kesedaran kepada penunggang serta pembonceng motosikal betapa pentingnya memastikan keselamatan jalan raya bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya