Peniaga tersepit harga beras Siam melambung

Peniaga tersepit harga beras Siam melambung

BERAS Siam seludup dari Thailand menjadi pilihan 90 peratus rakyat Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Peniaga beras di negeri ini mengakui tersepit ekoran peningkatan harga beras Siam antara RM2 hingga RM10 menyebabkan kurang mendapat sambutan.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Siti Khadijah di sini mendapati berlaku sedikit ‘lambakan’ beras Siam di pasaran apabila pengguna mengubah selera dengan membeli beras tempatan.

Seorang peniaga dikenali Zana, 42, berkata, kenaikan mendadak harga beras Siam membuatkan dia berada dalam dilema apabila pengguna merungut.

“Setakat ini harga beras Siam naik antara RM2 hingga RM10 untuk setiap per kilogram bergantung kepada jenama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi peniaga, Baharum Ahmad, 29, berkata, beras tempatan yang dijual juga berlaku kenaikan iaitu RM20 per kg sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, berbanding sebelumnya beras tempatan dijual RM18 per kilogram.

“Beras tempatan masih lagi mendapat sambutan pengguna, walaupun sedikit mahal.

“Namun selepas berlaku kenaikan harga ,saya menjual beras 10 kg hanya sekitar 20 hingga 30 kampit sahaja untuk tempoh tertentu, berbanding sebelum ini sebanyak 50 kampit,” katanya.

090923-Klt-Beras Import

BERAS Siam dilihat kurang laris selepas berlaku kenaikan yang agak tinggi ketika ini di negeri Kelantan-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN