Penagih dadah meningkat 27 peratus, belia tertinggi - Utusan Malaysia

Penagih dadah meningkat 27 peratus, belia tertinggi

Penagih dadah
SUTEKNO AHMAD BELON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Jumlah penagih dadah meningkat sebanyak 27 peratus iaitu 118,820 orang dengan belia paling tertinggi direkodkan sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Berdasarkan pengesanan aktif Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), angka itu bertambah berbanding 93,354 orang dalam tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon berkata, hasil pemerhatian mendapati lebih 65 peratus daripada penagih itu melibatkan golongan belia dan remaja, kebanyakannya melibatkan dadah sintetik dan penagih di negeri yang berdekatan negara jiran.

“Penggunaan dadah itu sebanyak 65 peratus dan penagih yang dikesan terutamanya di utara dan pantai timur tanah air.

“Belia merekodkan jumlah tertinggi dan mereka menagih antaranya faktor mempunyai banyak waktu senggang tanpa melakukan aktiviti berfaedah,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Retreat Bersama Klien dan Malam Apresiasi Media, malam tadi.

Menurut Sutekno, statistik tahun lalu merekodkan seramai 1.09 juta penagih dadah dengan 3,361 orang daripada 100,000 penduduk di Malaysia.

“Trend penyalahgunaan dalam tempoh lima tahun bermula 2018 pula menunjukkan perubahan daripada dadah organik kepada sintetik. Jumlah itu meliputi sebanyak 67.4 peratus bagi dadah sintetik manakala 32.6 peratus pula organik,” ujarnya.

Kata beliau, sumber bekalan dadah terutama syabu, heroin dan ganja rata-ratanya diperoleh daripada tokan, rakan serta saudara mara.

“Justeru, kita menasihatkan ahli keluarga membawa penagih secara sukarela kepada AADK bagi mendapatkan rawatan pemulihan.

“Anggota kita mempunyai maklumat mengenai individu terlibat antaranya menerusi risikan dan tangkapan akan dibuat jika mereka masih enggan tampil,” jelasnya.

Tambah Sutekno, pihaknya menyasarkan kadar penagih dadah berada bawah 400 orang daripada 100,000 penduduk menerusi pelbagai inisiatif termasuk penubuhan Skuad Antidadah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya