Pemandu maut kereta terjunam empat meter ketika lintas jambatan

Pemandu maut kereta terjunam empat meter ketika lintas jambatan

KEADAAN kenderaan yang terjunam bawah jambatan di Jalan Sagan, Mendamit, Limbang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMBANG: Dua rakan yang menaiki sebuah kenderaan terjunam ke bawah jambatan setinggi empat meter di Jalan Sagan, Mendamit di sini, petang semalam.

ANGGOTA bomba melakukan operasi menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan di lokasi kejadian kemalangan berlaku.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Not berkata, pemandu dipercayai hilang kawalan. 

Parum berkata, kejadian berlaku pada jam 4:45 petang itu dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan manakala rakannya merupakan pemandu merupakan warganegara Brunei. 

“Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai hilang kawalan ketika melalui jambatan terbabit lalu terbabas dan terhumban ke bawah jambatan yang dianggarkan setinggi lebih kurang empat meter.

“Akibat daripada kemalangan berkenaan, pemandu yang merupakan warga tempatan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala penumpang kenderaan mengalami cedera parah dan dibawa oleh pihak ambulans ke Hospital Limbang untuk rawatan lanjut,” ujarnya. 

Tambahnya, siasatan turut mendapati kenderaan yang terlibat dalam kemalangan terbabit merupakan kenderaan pendaftaran negara Brunei.

“Kedua, mereka dipercayai dari Kampung Staie, Mendamit selepas melawat keluarga dan dalam perjalanan balik ke arah bandar Limbang.

“Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Para Jack, 51, berasal dari Kampung Kampung Merajang Lubai sementara rakan mangsa yang berusia 56 tahun berasal dari Temburong, Negara Brunei Darussalam hanya mengalami kecederaan parah di bahagian tulang belakang,” jelasnya. 

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN