Pemandu e-hailing mengaku bersalah cabul anak kandung - Utusan Malaysia

Pemandu e-hailing mengaku bersalah cabul anak kandung

SEORANG pemandu e-hailing berusia 63 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini atas dakwaan mencabul anak perempuan kandungnya tahun lepas. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

BUTTERWORTH: Seorang pemandu e-hailing mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dakwaan mencabul anak perempuan kandungnya tahun lepas.

Pengakuan tersebut dibuat oleh tertuduh yang berusia 63 itu di hadapan Hakim Noor Aini Yusof selepas empat pertuduhan dibacakan terhadapnya secara berasingan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak tersebut yang ketika itu berusia 13 tahun dengan memegang dan menghisap payu daranya selain memegang kemaluan mangsa.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di lokasi yang sama iaitu di sebuah rumah di Mukim 8, Tanah Liat, Bukit Mertajam antara bulan Mac hingga Jun tahun lepas.

Oleh itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a), Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(2)(a) akta yang sama.

Sabit kesalahan di bawah Seksyen 14(a) itu, dia boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan dikenakan hukuman sebat.

Sebagai tambahan, tertuduh juga boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan dikenakan tidak kurang daripada dua sebatan di bawah Seksyen 16(2)(a) akta tersebut.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu, mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selepas meneliti hujah daripada pihak pendakwaan.

Terdahulu, Wan Amira berharap jaminan tidak ditawarkan bagi kes itu kerana tertuduh ketika ini dilaporkan masih tinggal bersama mangsa sebagai anak dan bapa kandung.

Pada masa sama, katanya, pembebasan tertuduh juga dikhuatiri akan mempengaruhi tingkah laku mangsa.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 September ini sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu fakta penuh berhubung kes berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya