PAC harap laporan kemajuan LCS dibahas di Parlimen bulan

PAC harap laporan kemajuan LCS dibahas di Parlimen bulan depan

MAS ERMIEYATI SAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berharap laporan berhubung kemajuan projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) dapat dibahas selepas jawatan kuasa itu membentangkannya di Dewan Rakyat, 9 Oktober depan.

Sehubungan itu, Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PAC akan mengadakan lawatan kerja rasmi bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada 5 Oktober ini. 

Katanya, lawatan kerja itu bagi memberi pencerahan berhubung laporan kemajuan projek LCS milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di bawah Kementerian Pertahanan bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023.

“Oleh itu, kami berharap Yang Dipertua Dewan Rakyat mempertimbang supaya laporan berhubung kemajuan projek LCS ini dibahas di Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, selain laporan kemajuan LCS, terdapat tiga lagi laporan PAC akan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung dari 9 Oktober hingga 30 November depan.

Ia terdiri daripada Laporan Terimaan dan Bayaran Obligasi Sosial Perjanjian Konsesi Pengurusan Industri Padi dan Beras Negara di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dijadual dibentang pada 11 Oktober.

Selain itu, Laporan Pengurusan Wabak Covid-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) dan Laporan Menteri Kewangan (Diperbadankan) – Felcra Berhad akan dibentang manakala tarikhnya akan ditetapkan kemudian. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya