PETALING JAYA: Calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) berpeluang mengikuti program tertentu di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan berkata, perkara itu dipersetujui dalam keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.
Katanya, bagi calon daripada aliran terbabit yang turut memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penuh, mereka boleh memohon mana-mana program pengajian yang ditawarkan melalui sistem UPUOnline mengikut kiraan merit berdasarkan pakej mata pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).
Bagi calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz pula, antara program dikenal pasti ialah Diploma dan Sarjana Muda Dakwah, Diploma dan Sarjana Muda Al-Quran dan As-Sunnah, Sarjana Muda Pendidikan Tahfiz serta Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah).
Sementara bagi calon lepasan SMPC/UEC pula, antara program dikenal pasti ialah Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian, Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina, Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina dan Sarjana Muda Bahasa Cina dengan Pendidikan.
“Permohonan juga tertakluk kepada syarat am dan syarat khas program yang ditetapkan oleh universiti melalui proses pemilihan berdasarkan meritokrasi.
Selain itu, KPT turut berkata, mesyuarat emaah Menteri turut bersetuju calon daripada aliran terbabit yang mengmbil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang dikendalikan oleh Lmbaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta diperakui KPM boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program tertentu di IPTA.
“KPT ingin menegaskan bahaa pendekatan ini adalah sebahagian daripada usaha memperkasa akses pendidikan tinggi negara secara lebih inklusif tanpa menjejaskan standard akademik dan kualiti sistem pendidikan tinggi negara,” katanya. – UTUSA










