PAC bentang dua laporan siasatan termasuk LCS di Parlimen bulan depan

PAC bentang dua laporan siasatan termasuk LCS di Parlimen bulan depan

Tentera Laut Diraja Malaysia dijadual menerima lima kapal LCS serentak pada 2029 dan projek itu memerlukan kos tambahan RM2.098 bilion lagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah memuktamadkan dua laporan siasatan yang akan dibentang pada minggu pertama mesyuarat ketiga Parlimen ke-15, bulan depan. 

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia adalah Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi kedua, Littoral Combatant Ship (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia di bawah Kementerian Pertahanan bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023. 

Katanya, satu lagi ialah Laporan Terimaan dan Bayaran Obligasi Sosial Perjanjian Konsesi Pengurusan Industri Padi dan Beras Negara di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. 

Katanya, PAC akan memanggil Kementerian Pertahanan pada 3 Oktober ini bagi mendapatkan penjelasan kemajuan projek pembinaan LCS bagi bulan Jun 2023 sehingga 10 Jun 2023. 

“Seperti dimaklumkan sebelum ini, PAC akan mendapatkan akan mendapatkan taklimat setiap tiga bulan daripada kementerian berhubung kemajuan LCS,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya