Nurraysa mahu terus kekal dikenali kosmetik mesra wuduk - Utusan Malaysia

Nurraysa mahu terus kekal dikenali kosmetik mesra wuduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Terkenal dengan tagline Kosmetik Mesra Wuduk, Nurraysa memasang hasrat untuk terus kekal dikenali ramai sebagai rangkaian kosmetik pilihan utama golongan wanita di negara ini.

Mencipta kejayaan sejak 2015 dengan rangkaian kosmetik menggabungkan Nurraysa Glowing DD Moist Cake (NGDDMC) dan Nurraysa Magic Lipstick, jenama ini terus menjadi antara kosmetik mesra wuduk paling laris dan mempunyai banyak kelebihan.

Berikutan kejayaan itu termasuk rekod jualan yang mencecah 600,000 set, Pengasasnya, Nur Aini Zolkepli turut mengumumkan edisi pembungkusan baharu selain ejaan baharu bagi memperkukuhkan lagi jenama tersebut dalam pasaran.

“Kita mahu terus menaikkan permintaan dan kesedaran ramai terhadap jenama ini serta Set Panas yang diketengahkan. Paling utama, kita mahu terus kebal sebagai peneraju kosmetik mesra wuduk nombor satu dan halal di seantero negara termasuk Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia.

“Kita juga mahu tekankan pemilihan pembungkusan baharu itu kerana mahu mengelak kekeliruan dengan ejaan yang betul,” katanya.

Nur Aini Zolkepeli bersama ejen yang menjadi nadi kekuatan perjuangannya

Tambah Nur Aini lagi, Set Panas menjadi ‘aksesori’ utama khususnya bagi wanita yang bekerjaya, suri rumah atau golongan remaja.

“Set Panas ini memudahkan mereka yang nak cepat bersiap. Bahkan cepat nak cuci mekap sebelum solat.
Paling penting, ia untuk wanita yang mementingkan kosmetik halal digunakan tanpa was-was.

“Untuk wanita bekerjaya di sektor kerajaan atau swasta, kita mahu semuanya berkeyakinan di tempat kerja. Tak lupa pilihan wanita yang nak cantik bersolek, namun dalam masa sama mementingkan penjagaan tekstur kulit tidak rosak.

“Lebih daripada itu, ia juga untuk wanita yang mahu tampil cantik dengan solekan yang tiada unsur tabarruj. Hingga kini, set panas ini juga pilihan lebih 30 selebriti popular seperti Zulin Aziz, Wan Sharmila, Kim Khatija, Sharifah Shahira, Adira, Eyra Hazali, Alya Iman, Zara Zya dan Diyana Halik,” katanya.

Menurut Aini, Nurraysa juga diiktiraf halal daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sejak awal, menjadi tanggungjawab dan amanah saya memperjuangkan azimat peneraju kosmetik mesra wuduk. Selain, saya sendiri menitikberatkan kosmetik yang membolehkan golongan wanita bersolat dengan sah.

“Set Panas ini juga mempunyai kandungan bahan tanpa keraguan, tanpa silikon. NGDDMC sendiri mudah dicuci dan ditanggalkan,”katanya.

Dalam pada itu, Nurraysa turut melancarkan Kempen Bina Bisnes Bersama Nurraysa yang mensasarkan 135,000 usahawan yang ingin dibantu untuk dijana pendapatan.

“Sekarang kita sudah rekrut usahawan baharu dan takkan putus memastikan usaha ini terus konsisten.

“Ia didorong dengan perjuangan membantu meningkatkan ekonomi dengan menjana pendapatan sampingan walaupun sudah bekerja terutama kenaikan harga barang sekarang, “katanya.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari www.nurraysa.com

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN