Mitra lancar 3 lagi program bantuan masyarakat India

Mitra lancar 3 lagi program bantuan masyarakat India

R. RAMANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas berjaya melaksanakan enam inisiatif ditetapkan, Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) melancarkan tiga lagi program bantuan baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khasnya, Datuk R. Ramanan berkata, antara program itu ialah Program Pembasmian Miskin Tegar untuk Ahli Isi Rumah (AIR) dengan seramai 1,800 individu sudah direkodkan menerusi sistem e-Kasih.

Mereka yang dikenal pasti itu hanya berpendapatan per kapita kurang daripada RM399 dan melalui program tersebut, sebanyak RM8.24 juta diperuntukkan kerajaan.

“Program kedua pula ialah Pemerkasaan Literasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk murid-murid sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) selama dua tahun dengan kerjasama Malaysian Biotechnology Information Centre.

“Ia dijangka membabitkan kos sebanyak RM698,000 dengan kesemua SJKT terlibat bakal menerima 11 terbitan setiap dua bulan Buletin Sains The Petri Dish dalam dua bahasa,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Malahan tambahnya, dua pertandingan khas yang menyasarkan kira-kira 1,000 murid akan dianjurkan selain pendedahan kepada lebih banyak aktiviti berkaitan STEM.

Kata Ramanan, inisiatif ketiga dikenali sebagai Program Bantuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana untuk 1,000 penjaja berkelayakan dengan setiap peserta bakal menerima bantuan peralatan tidak lebih daripada RM5,000 dengan kos anggaran keseluruhannya sebanyak RM5 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya