Malaysia negara berpengalaman dalam latihan, pembangunan

Malaysia negara berpengalaman dalam latihan, pembangunan tenaga kerja

V. SIVAKUMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia merupakan sebuah negara berpengalaman dalam latihan dan pembangunan tenaga kerja dengan skor indeks sebanyak 0.70 pada tahun lepas.

Dapatan itu hasil kajian laporan Indeks Latihan Nasional (NTI) 2022 yang dibangunkan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) dengan kerjasama badan perwakilan yang meliputi kerajaan, golongan akademik, organisasi penyelidikan dan pakar industri.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, banyak inisiatif diambil oleh kerajaan dan agensi yang berkaitan dalam latihan dan pembangunan modal insan 

Bagaimanapun, katanya, terdapat banyak perkara yang boleh dilaksanakan dalam soal pembangunan latihan dan modal insan.

Katanya, ia termasuk bersedia dengan trend global yang sentiasa berubah sekali gus memerlukan latihan yang lebih berfokus kepada teknologi tinggi.

“Seperti mana dalam Rancangan Malaysia Ke-12(RMK12), kita juga mahu mencapai tahap 35 peratus tenaga mahir sebelum tahun 2030, jadi, untuk mencapai hasrat tersebut, kita harus mengadakan pelbagai latihan kemahiran.

“Dan kita juga tahu bahawa kebelakangan ini ada banyak isu sentiasa dibangkitkan misalnya ‘miss-match’, oleh itu, latihan dan pembangunan kita laksana itu, semestinya sesuatu yang benar diperlukan oleh industri,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan NTI dan dan NTI Report 2022 di sebuah resort di sini.

Menurut Sivakumar, NTI merupakan suatu yang diperlukan sejak sekian lama bagi mengukur tahap latihan yang dijalankan kepada tenaga kerja.

Setakat ini, katanya, negara hanya mengenal pasti kekurangan dan keperluan latihan, tetapi tidak mengukur sama ada latihan itu sudah mencapai satu tahap atau sebaliknya.

“Jadi, untuk mengatasi masalah ini, sekarang, kita mempunyai satu kayu pengukur untuk memastikan latihan kita jalankan itu kita dapat mengukur dengan lebih tepat dan memastikan sama ada latihan itu cukup atau tidak pada masa depan.

“Ia bukan saja bantu mereka terlibat dalam industri latihan, tapi bantu majikan buat perancangan serta bantu pekerja untuk mereka mengetahui apakah latihan diperlukan,” katanya.

Beliau menambah, NTI itu juga membantu dalam inisiatif gaji progresif  yang sedang diperincikan.

“Jadi, satu daripada elemen penting dalam gaji progresif ini adalah menegetahui apakah produktiviti atau prestasi seorang pekerja ditentukan gaji, bagaimana mahu mengukur? Jadi, NTI  memudahkan semua pemain taruh untuk menentukan apakah tahap latihan di negara kita,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN