Zi Yu-Noraqilah naib juara Baoji China Masters

Zi Yu-Noraqilah naib juara Baoji China Masters

LOW Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan. - IHSAN BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat beregu remaja negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan untuk merangkul gelaran sulung dalam Jelajah Dunia BWF tidak kesampaian selepas tewas kepada pasangan Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Baoji China Masters di Boaji, China, hari ini.

Zi Yu-Noraqilah yang kini menghuni menghuni ranking No. 131 dunia kalah kepada gandingan ke-185 dunia itu menerusi keputusan straight set 13-21, 17-21 dalam masa 32 minit di Gimnasium Bandar Baoji.

Kedua-dua beregu belum pernah bertemu di mana-mana kejohanan antarabangsa sebelum ini dan Zi Yu-Noraqilah juga tidak sampai setahun dipasangkan bersama.

Nakade-Takahashi yang masing-masing berusia 22 dan 24 tahun merupakan beregu yang lebih berpengalaman berbanding Zi Yu-Noraqilah, tetapi gandingan remaja negara itu semakin menunjukkan kematangan sejak diberi peluang beraksi pada Piala Uber di Denmark, baru-baru ini.

Kemaraan Zi Yu-Noraqilah ke pentas akhir pada kejohanan berstatus Super 100 itu merupakan penampilan pertama mereka dalam Jelajah Dunia BWF.

Selaku naib juara, Zi Yu-Noraqilah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$4,560 (RM18,009) berserta pingat perak.

Zi Yu-Noraqilah juga bakal melakukan kemunculan sulung pada Malaysia Masters, minggu depan, yang merupakan kejohanan berstandard Super 500. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN