MELAKA: Pasukan Layang-layang Beijing, China akan membawa lebih banyak layang-layang gergasi tradisi negara itu sempena Festival Layang-layang Gergasi Melaka yang bakal diadakan sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024. Ketuanya, Chuo Liew Biao, 39, berkata, pasukannya telah bersetuju menyertai festival itu tahun depan dan akan membawa lebih daripada 20 pelayang bagi memeriahkan festival berkenaan. Menurutnya, penyertaan pada Festival Layang-layang Gergasi Melaka 2023 di Limbongan di sini tidak dapat mempamerkan pelbagai layang-layang…










