UMNO setuju penubuhan Suruhanjaya Guru

UMNO setuju penubuhan Suruhanjaya Guru

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Penutup dan Penyerahan Resolusi Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 sempena Ulangtahun UMNO ke-80, di Pusat Dagangan Dunia, di sini hari ini. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Guru dilaksanakan bagi memperkasa profesion perguruan serta memastikan kebajikan warga pendidik kekal terpelihara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan tersebut akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Katanya, guru memainkan peranan besar dalam membentuk generasi masa depan dan tidak seharusnya dilihat sekadar sebagai penyampai silibus semata-mata.

“Guru bukan sekadar penyampai pelajaran tetapi pembinaan manusia sejagat.

“Maka kebajikan guru, latihan guru, beban tugas guru dan kemudahan sekolah mesti menjadi keutamaan. Jangan sampai para guru lebih banyak mengisi borang daripada mendidik murid-murid untuk berjaya,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penutup Konvensyen Pendidikan Bumiputera Sempena Ulang Tahun UMNO Ke-80 di sini, hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN