SUNGAI PETANI: Luluh hati seorang ibu apabila zuriat yang dinanti bersama suami sejak sembilan tahun lalu ditemukan lemas pada usia 19 bulan dalam kejadian di sebuah kolam terbiar di Taman Kempas, petang semalam. Lebih memilukan, Zarina Azmi, 34, bukan sahaja kehilangan Muhammad Ziyaf Mikhail Muhammad Yuzarith Martin, bahkan bapanya, Azmi Abdullah, 78, turut lemas dalam kejadian itu. Bagaimanapun, Zarina reda dengan pemergian kedua-dua mereka terutama anak lelakinya yang disifatkan hilang…










