PUTRAJAYA: Tindakan pihak tertentu yang mahu meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan semua kesalahan syariah hanya dibicarakan di mahkamah syariah boleh mendedahkan kepada lapan implikasi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pakar Perlembagaan, Datuk Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, orang Islam tidak wajar digelisahkan dengan pelbagai sangkaan yang dihebohkan tanpa menghalusi peruntukan yang dicabar dalam kes di Mahkamah Persekutuan. Sebaliknya, jelas Pengasas Jurisprudens Watan daripada Institut Antarabangsa Pemikiran Islam…










