Kertas siasatan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia diserahkan

Kertas siasatan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia diserahkan kepada AGC

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes Himpunan Aman Selamatkan Malaysia  pada 16 September lalu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, seramai 29 suspek dipanggil dan selesai diambil keterangan dalam membantu siasatan kes tersebut.

“Kita membuka tiga kertas siasatan iaitu pertama membabitkan siasatan ke atas kesemua 29 suspek itu (peserta himpunan yang dikenal pasti).

“Kertas siasatan kedua berkaitan himpunan itu yang mana laporan polis dibuat berkaitan tiada pemakluman penganjuran himpunan.

“Kertas siasatan ketiga membabitkan kenyataan yang dibuat di himpunan itu (ucapan peserta) disiasat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan seramai 29 individu dipanggil dan selesai dirakam keterangan membantu siasatan.

Katanya, bagaimanapun polis masih mengesan dua lagi individu yang didapati gagal tampil membantu siasatan sehingga hari ini dan polis akan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN