Wartawan ditahan di Kuwait selepas muat naik video perang Iran

Wartawan ditahan di Kuwait selepas muat naik video perang Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUWAIT: Seorang wartawan Kuwait-Amerika, Ahmed Shihab-Eldin yang dikenali melalui kerjanya di VICE, HuffPost dan Al Jazeera dilaporkan ditahan di Kuwait selepas beliau berkongsi video berkaitan perang Iran.

Menurut kumpulan pembela kebebasan media, penahanan itu berlaku ketika Kuwait dan beberapa negara Teluk lain meningkatkan tindakan keras terhadap individu yang memuat naik imej serangan peluru berpandu Iran serta kandungan lain yang dianggap sensitif.

Kumpulan pemantau media menyifatkan undang-undang tersebut sebagai sangat ketat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut aktivis, Shihab-Eldin sebelum ini aktif berkongsi maklumat di platform Substack dan media sosialnya ketika perang bermula, namun tiba-tiba berhenti memuat naik kandungan pada 2 Mac lalu.

Beliau berada di Kuwait untuk melawat keluarganya ketika itu dan rakan-rakannya percaya beliau telah ditahan selama hampir enam minggu.

Pada Selasa, mereka mendedahkan kes tersebut kepada umum dengan harapan tekanan awam dapat membantu pembebasannya.

“Kami menyeru Kuwait supaya membebaskan Ahmed Shihab-Eldin dan menggugurkan semua tuduhan terhadapnya.

“Kewartawanan bukan satu jenayah dan kes beliau mencerminkan corak lebih luas penggunaan undang-undang keselamatan negara untuk menyekat penelitian dan mengawal naratif,” kata Pengarah Serantau Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ), Sara Qudah dalam satu kenyataan.

Kumpulan advokasi itu turut menyatakan beliau didakwa dengan tuduhan menyebarkan maklumat palsu, menjejaskan keselamatan negara dan menyalahgunakan telefon bimbitnya.

Tuduhan itu digambarkan sebagai kabur dan terlalu umum serta sering digunakan untuk menyekat wartawan bebas.

Rakan-rakan Shihab-Eldin menegaskan imej dan video yang beliau kongsikan di Substack sudah pun berada dalam domain awam.

Beliau pernah berkongsi semula video CNN mengenai pesawat pejuang Tentera Udara AS yang terhempas di Kuwait.

Namun pihak berkuasa Kuwait sebelum ini memberi amaran kepada rakyat supaya tidak merakam atau menerbitkan sebarang klip atau maklumat berkaitan peluru berpandu atau lokasi berkaitan.

“Tindakan sedemikian sedang dipantau dengan ketat dan akan ditangani secara tegas, dengan pesalah dirujuk kepada pihak berkuasa undang-undang,” lapor Kuwait Times sebelum ini.

Pusat Hak Asasi Manusia Teluk dalam laporan terbaharu menyatakan perang tersebut telah digunakan oleh negara-negara Teluk untuk menyekat kebebasan bersuara, merampas kebebasan awam rakya, dan menyasarkan wartawan, penulis blog serta aktivis dalam talian yang menyuarakan pendapat yang tidak selari dengan dasar kerajaan.

“Individu-individu ini tertakluk kepada penahanan sewenang-wenangnya dan perbicaraan yang tidak adil di bawah tuduhan rekaan menggunakan undang-undang antikeganasan dan siber,” kata kumpulan itu.

Di Emiriah Arab Bersatu (UAE), terdapat banyak laporan mengenai individu yang ditangkap kerana berkongsi gambar serangan peluru berpandu.

Berita penahanan Shihab-Eldin mula tersebar pada Selasa, sebahagiannya kerana beliau merupakan tokoh media berprofil tinggi selama lebih sedekad.

Pada 2011, beliau bersama-sama mencipta dan menjadi hos bersama rancangan The Stream di Al Jazeera English, sebuah program perintis, sebelum kemudian membantu melancarkan rangkaian penstriman langsung HuffPost. Beliau juga pernah menjadi tetamu di CNN dan pelbagai rangkaian media lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini