KUALA LUMPUR : Kawalan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar ibu kota dipertingkat berhubung penganjuran Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang dijadualkan berlangsung selepas Zohor.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati anggota polis ditempatkan di lokasi-lokasi strategik dan sekitar kawasan Kampung Baru, dekat sini yang dipilih sebagai lokasi berkumpul oleh pihak Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia.

POLIS mengawal kesesakan lalulintas berdekatan Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur bersempena Himpunan Selamatkan Malaysia, hari ini.
Selain itu, kira-kira 100 orang dengan berpakaian putih dilihat mula berhimpun di masjid berkenaan, bermula pukul 11 pagi tadi.
Media melaporkan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, yang dijadual dianjurkan di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, tetap akan diadakan.
Sekretariat Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, Hilman Idham, dipetik mendakwa himpunan itu tetap diadakan sebagai tanda semangat cintakan negara demi melawan korupsi.
Dua lagi tuntutan adalah meminta kerajaan membebaskan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada kuasa eksekutif dan menuntut undang-undang yang adil untuk semua rakyat.- UTUSAN











