PASIR SALAK: Kampung Bandar atau ‘Bandor’ dalam loghat penduduk tempatan di sini mungkin antara kampung paling sunyi kerana mengalami kekurangan penduduk. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati banyak rumah di kampung itu yang kosong tanpa penghuni, mungkin ditinggalkan pemiliknya dan terbiar atas pelbagai faktor seperti berhijrah atau yang sudah meninggal dunia dan peninggalan mereka itu mungkin tidak diwarisi. Keadaan itu berbeza berbanding sebelum ini khususnya pada sekitar tahun 1950-an, apabila kampung itu…










