Jasmine Loo kini disoal siasat SPRM - Azam Baki

Jasmine Loo kini disoal siasat SPRM – Azam Baki

Tan Sri Azam Baki
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah memulakan soal siasat terhadap bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan sejak Isnin lalu.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, Jasmine Loo kini disiasat berhubung jenayah rasuah dan pengubahan wang haram.

Beliau berkata, soal siasat sudah pun dimulakan sejak Isnin lalu dan ia dijangka mengambil masa selama tiga hari.

“Bagaimanapun, pasukan penyiasat SPRM boleh melanjutkan proses soal siasat jika diperlukan. Ketika ini, Jasmine Loo masih dalam tahanan polis.

“Kita tidak perlu menahan reman beliau (Jasmine Loo) sebaliknya polis akan membawanya kepada kami untuk proses soal siasat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 di sini, hari ini.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan, pihaknya berjaya mendapatkan semula kira-kira RM93.2 juta aset merangkumi hartanah dan akaun bank milik Jasmine Loo yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, kesemua aset dan hartanah berkenaan dipercayai berada di beberapa negara luar iaitu di Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.

Ayob berkata, turut dirampas hasil daripada dana 1MDB iaitu dua utas jam tangan mewah iaitu jenama Richard Mille dan Harry Winston dan 13 buah beg tangan termasuk jenama Birkin dan seutas gelang tangan dan pelbagai dokumen.

Jasmine Loo yang juga sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low ditahan polis pada 7 Julai lalu bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana syarikat berkenaan.

Ditanya sama ada usaha menjejaki Jho Low semakin hampir susulan penahanan Jasmine Loo, Azam berkata, beliau tidak pasti mengenai perkara itu.

“Saya tidak pasti, jika tanya pendapat saya..belum lagi dan masih jauh,” katanya.

Media pada Mei lalu melaporkan, Jho Low dipercayai berada bawah tahanan rumah di Shanghai, China seperti didakwa pengarang bersama “Billion Dollar Whale”, Bradley Hope malah, beliau turut dilaporkan ‘bersembunyi’ di Macau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya