Jangan sewenang-wenang keluar fatwa

Jangan sewenang-wenang keluar fatwa

Ramadan
-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fatwa tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenang termasuk dalam  kalangan mereka yang tidak berilmu. 

Menerusi Khutbah Jumaat Negeri Selangor, setiap pandangan daripada mana-mana individu juga tidak boleh dikategorikan sebagai fatwa, dibimbangi memberi kesan kepada umat Islam. 

Malah, menurut khutbah itu, fatwa juga bukan dikeluarkan oleh seorang ulama atau mereka yang berilmu semata-mata.

“Fatwa dikeluarkan bukan atas dasar pandangan individu seorang mufti semata-mata, bahkan ia dibuat secara kesepakatan majoriti ahli Jawatankuasa Fatwa negeri Selangor yang terdiri daripada para alim ulama dan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing.

“Fatwa adalah keputusan secara kolektif daripada pandangan para alim ulama dan pakar-pakar bidang tertentu, supaya keputusan yang dikeluarkan lebih tepat seterusnya membawa kebaikan kepada umat Islam dan seluruh rakyat,” kata khutbah yang disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu.

Dalam pada itu, jelas khutbah tersebut, fatwa hendaklah membawa kepada kestabilan dan keamanan sesebuah negeri atau negara. Fatwa juga perlu bersifat menyelesaikan masalah dan merungkai persoalan yang timbul di tengah-tengah masyarakat. 

“Sekiranya perkara yang ingin dikongsikan adalah berkaitan pandangan hukum syarak atau fatwa bagi sesuatu perkara yang masih samar dan belum diputuskan, tidak sepatutnya bagi kita sebagai umat Islam untuk mengeluarkan kenyataan atau ‘fatwa’ sendiri secara terburu-buru, dengan mendahului pihak berautoriti,” kata khutbah berkenaan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN