'Isu 3R tidak bercanggah dengan undang-undang negara'

‘Isu 3R tidak bercanggah dengan undang-undang negara’

Dubai
DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak bersetuju sama sekali dengan langkah Kerajaan Perpaduan menyekat rakyat untuk menyentuh isu 3R (Institusi Diraja, Agama, Bangsa).

Menurutnya, beliau turut mencabar pihak berkuasa supaya memanggilnya untuk disiasat dan didakwa kerana kerap bercakap berhubung isu berkenaan.

“Saya bercakap mengenai isu 3R, kalau nak tangkap…tangkaplah,” katanya ketika berucap pada Minggu Negarawan – Perlembagaan di sini, hari ini.

Katanya, tidak masuk akal dalam sebuah negara rakyat sendiri tidak boleh menyentuh soal bangsanya sendiri.

Dr. Mahathir berkata, beliau melihat tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat undang-undang (berkenaan 3R) dengan sesuka hati.

“Apa yang kita lihat hari ini, Perdana Menteri membuat undang-undang ikut suka hati dia dan menyatakan tidak boleh bercakap mengenai isu 3R.

“Tidak ada dalam Perlembagaan menyebut bahawa Perdana Menteri dengan sendirinya boleh buat undang-undang,” katanya.

Katanya, beliau juga berpandangan isu 3R langsung tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

Malah, katanya, jika kerajaan mahu buat undang-undang mengenai isu 3R ia sepatutnya dibahas dalam Dewan Rakyat sebelum dijadikan satu peraturan.

Jelas Dr. Mahathir lagi, halangan oleh kerajaan terhadap isu 3R ini bukan dibentuk untuk menjaga keselamatan negara tetapi demi menghalang ahli politik pembangkang daripada mengkritik kerajaan.

“Menyentuh soal bangsa (Melayu) sendiri tidak dilihat berbaur unsur hasutan kerana kita bercakap benda benar mengenai orang Melayu itu.

“Jika rakyat tidak boleh bercakap mengenai masalah bangsa sendiri bagaimana isu dihadapi bangsa itu dapat ditangani,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya