PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di kebanyakan tempat di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia pukul 4 petang ini.
Menurut Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di kebanyakan tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang; Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak); Pahang (Bentong dan Temerloh) dan Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).
“Selain itu, di Kuala Lumpur; Putrajaya; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin); Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang),” menurut catatan di laman Facebook.
Tambah Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. -UTUSAN










