Himpunan Aman Selamatkan Malaysia : 3 lagi dikenal pasti,

Himpunan Aman Selamatkan Malaysia: 3 lagi dikenal pasti, 11 diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga lagi individu akan dipanggil polis bagi diambil keterangan berhubung Himpunan Aman Selamatkan Malaysia di ibu negara, pada Sabtu lalu.

Penambahan ini menjadikan sebanyak 28 individu dikenal pasti polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, setakat ini, 11 individu hadir untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Kita akan memanggil beberapa lagi individu untuk dirakam keterangan,” katanya di sini hari ini.

Antara yang hadir memberi keterangan pada pukul 10.30 pagi, iaitu Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz; Ketua Srikandi Muda Bersatu Malaysia, Nurul Fadzilah Kamaluddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Dr Afif Bahardin.

Tun Faisal ketika ditemui sebaik selesai memberi keterangan berkata, beliau ditemani tiga peguam hadir untuk memberi keterangan berhubung penganjuran himpunan berkenaan.

Sepanjang proses berlangsung, tiga perkara ditanya dan dibangkitkan oleh pihak polis termasuk berhubung laporan yang dibuat pada Sabtu lalu.

Pada Sabtu lalu, kira-kira 850 peserta perhimpunan berarak dengan berjalan kaki dari Masjid Jamek Kampung Baru ke kompleks Sogo selepas menunaikan solat Zuhur berjemaah.

Perarakan diketuai Tun Faisal dan Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN