Hasil tangkapan RM80, pukat koyak rugi RM500

Hasil tangkapan RM80, pukat koyak rugi RM500

AZIZ Jaapar (dua dari kanan) sedang memperkatakan sesuatu kepada pekerja sebuah kapal yang menyebabkan jaring pukat hanyut tersangkut berhampiran Pulau Upeh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kira-kira 242 nelayan di tujuh pangkalan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor merayu kerajaan negeri segera mewartakan zon nelayan dan zon kapal di perairan Pantai Puteri di sini.

Mereka menyifatkan, selagi zon berkenaan tidak diwartakan atau diwujudkan, insiden pukat hanyut tersangkut pada badan kapal bersauh akan terus berulang tanpa kesudahan.

Isu kapal bersauh di sepanjang perairan Pantai Puteri sudah berlarutan sejak 2017 dan menjejaskan sumber rezeki nelayan pukat hanyut.

Ketua Komuniti Nelayan Tanjung Kling, Aziz Jaapar, 59, berkata, dia mengalami kerugian RM500 apabila jaring pukat hanyutnya tersangkut pada badan sebuah kapal yang bersauh tidak jauh dari Pulau Upeh, Selasa lalu.

“Macam mana saya nak cari rezeki untuk keluarga saya kerana hasil tangkapan saya dapat RM80, tetapi rugi hampir RM500 akibat jaring rosak terkena badan kapal bersauh.

“Sampai bila nasib nelayan akan berterusan begini, nak cari rezeki pun makin payah disebabkan kapal bersauh ikut suka hati menutup laluan nelayan menangkap ikan,” katanya kepada pemberita, semalam.

Tambah Aziz, dua pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh pada Mei lalu untuk menyelesaikan masalah itu masih tidak menjadi kenyataan.

“Saya minta kerajaan negeri dan Exco ambil berat tentang hal ini. Nelayan cuma minta zon nelayan dan zon kapal diwartakan bagi memastikan tiada lagi insiden jaring nelayan rosak berlaku lagi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN