Green Smart Planet, solusi masa hadapan tangani isu perubahan iklim 

Green Smart Planet, solusi masa hadapan tangani isu perubahan iklim 

DARI kiri: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIBC, Lee Ping Ping; Naib Pengerusi Kumpulan Quantum March, Datuk Aric Ng; Ketua Eksekutif Edge Computing Technologies, Datuk Goh Yong Hau; Ketua Eksekutif Green Smart Planet, Datuk Gary Chua; Pengerusi Kumpulan CIBC, Datuk Seri Sin Hock Min; Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri, Faizal Mohd Yusof; Wakil Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Zainuri Zainal; Setiausaha Politik Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Mohd Razlan Rafii, Pengerusi Kumpulan Quantum March, Linda Wong; Tetamu khas, Datuk Mohammad Hanafiah Zakari; Tetamu khas, Datuk Seri Koo Tee Yam; Ketua Eksekutif MP Corp, Ch’ng Soon Sen; Presiden Eksekutif Kumpulan Quantum March, Datuk Koh Mui Tee; Pengarah Kumpulan Quantum March, Yang Jianxian dan Tetamu Khas, Chrintine Teo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Green Smart Planet mengadakan majlis pelancaran global platform maya ekosistem ekonomi industri bandar pintar dan hijau yang pertama di dunia dan projek pembangunan bandar pintar dan hijau bertaraf dunia yang komprehensif pertama di Malaysia.

Green Smart Planet berkata, pihaknya menonjol sebagai perintis dunia dan satu-satunya platform yang beroperasi bagi ekosistem industri Hijau dan Pintar, dengan akses global, memudahkan pelbagai aktiviti dalam talian dan luar talian, merentasi sempadan antarabangsa.

Menurutnya, platform tersebut mengintegrasikan aplikasi sembilan tingkah laku ekonomi utama yang terlibat dalam pembangunan Bandar Hijau dan Pintar, termasuk pembangunan harta tanah, perancangan dan reka bentuk, perolehan antarabangsa, pembinaan dan kejuruteraan, operasi perkhidmatan, peluang pelaburan, perkhidmatan profesional, keusahawanan dan inovasi dan kerjasama industri dan universiti.

“Green Smart Planet beroperasi melalui model platform berdasarkan keahlian, komited untuk menyediakan pengguna korporat global seperti pemaju harta tanah, organisasi perancangan bandar, agensi kerajaan, pengilang, institusi penyelidikan dan lain-lain, perkhidmatan serta aplikasi eksklusif.

“Green Smart Planet telah melesenkan rakan kongsinya di Malaysia untuk membangunkan Projek Perintis Kluster Inovasi Perindustrian Hijau dan Pintar pertama di dunia. Projek ini bertujuan untuk membangunkan Pusat Data Pengkomputeran Awan Green Smart Planet, Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Green Smart Planet, Pusat Pameran Pengalaman Gaya Hidup Green Smart Planet, Pusat Runcit Isi Rumah Green Smart Planet.

“32 kelompok Pangkalan Inovasi Perindustrian Masa Depan Green Smart Planet di atas tanah seluas 407 ekar yang mendapat perintah pembangunan untuk pembangunan projek komersial dan kediaman yang terletak di Zon Ekonomi D Johor Iskandar Malaysia

“Projek itu dijangka menyumbang nilai pembangunan kasar sebanyak RM 60 bilion dan bertujuan untuk menjadi bandar contoh bagi membuktikan bahawa pembangunan bandar yang menitikberatkan keprihatinan terhadap alam sekitar, inklusif dari segi sosial dan cergas dari segi ekonomi menyumbang kepada kualiti hidup yang lebih baik sambil memelihara planet ini untuk generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

PENGARAH Quantum March Holdings Limited, Linda Wong berjabat tangan selepas menandatangani MoU bersama Ketua Eksekutif Malaysia Pacific Corporation Berhad, Ch’ng Soon Sen semasa pelancaran Green Smart Planet and Malaysia Project di MITEC, Kuala Lumpur.

Perasmian itu diadakan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada hari Rabu, 6 September 2023. Hadir pada itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Green Smart Planet berkata, mereka mengadaptasi model operasi bertauliah nasional untuk membentuk platform eksklusif untuk pihak berkepentingan industri yang terlibat dalam pembangunan  kota hijau dan pintar di pelbagai negara, menghubungkan platform eksklusif ini untuk mencapai liputan global yang komprehensif dan menangani masalah semasa industri global yang terputus pasaran dan sumber daya. 

“Sebagai tambahan kepada sembilan aplikasi tindakan ekonomi utama, Green Smart Planet memperkenalkan aplikasi ‘Global Centre’ antarabangsa, yang memastikan semua pihak berkepentingan industri turut terlibat dalam pembangunan Bandar Hijau dan Pintar dikemas kini dengan berita industri masa nyata, maklumat pasaran dan banyak lagi.

“Ia menampilkan pusat pembidaan dan tender antarabangsa  serta platform dagangan global untuk mengendalikan perolehan antarabangsa, maklumat pembidaan kejuruteraan, dagangan barangan lebihan, dagangan peralatan terpakai, perdagangan tumbuhan hijau dan lain-lain maklumat perdagangan,” katanya.

PENGARAH Quantum March Holdings Limited, Linda Wong berucap semasa pelancaran Green Smart Planet and Malaysia Project di MITEC, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengerusi Quantum March Holdings Limited, Linda Wong berkata, inisiatif tersebut merangkumi pelancaran pusat operasi global Green Smar Planet, Pusat Konvensyen Antarabangsa hijau dan pintar, dewan gaya hidup hijau, kedai perkakas rumah hijau dan pintar.

“Rancangan untuk 32 Industri Masa Depan hijau dan pintar. Anggaran awal Nilai Pembangunan Kasar (GDV) projek ini ialah RM60 bilion,” katanya.

Untuk rekod, Green Smart Planet turut mengumumkan bahawa sebahagian daripada hasil mereka akan diperuntukkan untuk menyokong perbelanjaan operasi jangka panjang lima organisasi bukan untung bertaraf dunia, termasuk Global Think Tank, Global Green and Smart City, institut penyelidikan pembangunan industri, Yayasan Pembangunan Bandar Hijau dan Pintar Global, Yayasan Keusahawanan Belia Dunia dan Yayasan Penjagaan Kanak-Kanak Perang Dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya