Fizikal bukan ukuran hero filem aksi - Megat Shahrizal

Fizikal bukan ukuran hero filem aksi – Megat Shahrizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Megat Sharizal, 41, berharap pengarah tidak bersikap diskriminasi terhadap pelakon berusia dan bertubuh besar.

Menurut Megat atau nama sebenarnya Megat Sharizal Mohamed Yusoff, Malaysia mempunyai banyak pelakon berbakat yang mempunyai asas pertarungan sekali gus berkebolehan menjayakan filem aksi.

“Saya berpendapat pengarah filem aksi cukup-cukuplah ambil ‘abang sado’ untuk berlakon.

“Contoh Filem Walid yang menampilkan hero yang biasa kita lihat di luar sana. Jadi, pelbagaikanlah pelakon kita. Tidak bermakna kalau tua dan gemuk, tidak boleh jadi pelakon aksi,” katanya yang pernah tiga kali mewakili Kuala Lumpur untuk pertandingan Silat Gayong peringkat kebangsaan pada tahun 1998.

Megat  ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media dan tayangan filem Walid baru-baru ini.

Menurut Megat, sepanjang 20 tahun berkecimpung dalam industri hiburan, ini kali pertama dia ditawarkan sebagai pelakon utama.

“Sepanjang 20 tahun, tidak pernah saya menjadi watak utama. Awalnya bila pengarah menawarkan karakter Walid, saya terkejut.

“Bagi saya, lakonan adalah amanah. Saya kena bertanggungjawab sebagai teraju utama membawa naskhah ini. Jadi, saya buat betul-betul,” tambahnya.

Bercerita mengenai pengalaman sepanjang penggambaran cerita Walid, Megat mendedahkan pernah dijangkiti Covid-19, sekali gus membuatkan pernafasannya terganggu lebih-lebih lagi ketika melakukan babak aksi.

“Apa yang malangnya, semua adegan aksi saya lakukan selepas terkena Covid.

“Jadi memang rasa tidak selesa dari segi pernafasan. Selain itu, aksi semua tiada masalah kerana kebanyakan pelakon memang mempunyai asas silat,” tambahnya.

Walid terbitan Layar Pictures mengangkat kisah penculikan kanak-kanak membabitkan sindiket pemerdagangan manusia.

Filem arahan Areel Abu Bakar ini mengetengahkan pasukan silat Malaysia melakukan semua aksi dalam filem ini. Walid ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia bermula 14 September 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya