GEORGE TOWN: Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) untuk projek Silicon Island bagi projek tambak laut Pulau Pinang Selatan (PSI) telah memperoleh kelulusan rasmi daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang pada 21 Julai lalu. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ia adalah susulan daripada kelulusan Laporan Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi projek PSI yang telah diberi kelulusan dengan 71 syarat oleh JAS pusat melalui surat bertarikh 11…










